Kemaskini 24 February 2018
BATUK berpanjangan atau sesak nafas apabila selesai menjalankan kerja berat dalam kalangan individu pertengahan usia dan warga emas berkemungkinan mungkin dianggap sekadar tanda awal proses penuaan.
Gejala dan penyebab sesak nafas tiba-tiba mungkin berpunca daripada sejenis penyakit paru-paru yang mengeras atau dikenali sebagai fibrosis pulmonari idiopatik (IPF).
IPF menyebabkan pundi air di dalam paru-paru rosak dan menyebabkannya mengalami kesan parut seterusnya menjadi keras dan gagal berfungsi sepenuhnya.
Pundi udara di dalam paru-paru tidak dapat berkembang sebanyak diperlukan menyebabkan oksigen yang masuk ke dalam salur darah berkurangan seterusnya mengganggu fungsi paru-paru dan organ lain.
IPF boleh membawa maut selepas dua hingga tahun mengalaminya malah lebih bahaya daripada barah.
Perunding Kanan Pakar Perubatan Respiratori Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Roslina Abdul Manap, berkata punca IPF tidak diketahui dan lebih daripada separuh pesakit gagal dikesan.
Oleh Halina Mohd Noor. PERUNDING Kanan Pakar Perubatan Respiratori Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Roslina Abdul Manap. Berita Harian
Salah satu alternatif cara menghilangkan batuk dengan mengamalkan sapu minyak herba asmak secara konsisten
Whatsapp
Baidrul 0196566364